Followers

Sunday, August 16, 2015

Untung la klu ade mcm citer bwh ni kan ....3 minggu kenal dah leh nikah















Sumber: Artikel OH BULAN by:

NoranizaNoraniza

Content Champions at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

Link Artikel:
http://www.ohbulan.com/video-terus-nikah-lepas-3-minggu-kenal-pasangan-sweet-ini-honeymoon-di-istanbul/



Nota Kaki: Cepat sgt leh decide nak nikahkan..mmg berserah kepada Allah la diorg ni ...semoga berbahagia. Aku pun nak honeymoon Istanbul nanti haha tapi ontway singgah buat umrah jap impian tu bwk future zaujah gi umrah sama 2 lepas nikah insyallah klu ade rezeki:)

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Day 1(15 Jun 2015)

So hari yang dinanti pun tiba untuk menjalankan ibadah umrah....


          Flight aku haritu kul 3.00 ptg waktu malaysia, aku asal nyer nak gi sendiri tapi mak ayah aku nak hantar....risau je mak ayah aku drive kete sbb ayah aku sekrg cepat ngantuk klu bwk kete  jauh2, time dtg kl takpe sbb aku tolong drive tapi nasib baik ader adik aku yg satu lagi boleh tolong drivekan..

        Dtg KLIA dalam pukul 11 pagi Sbb kul 12.00 ader breifing sikit....drop beg semua dia buat group check in so semua agent yg uruskan, bahagia kan klu gi travel guna agent ni hahaha...Dah drop beg dia bagi tag nama dan ader sikit biskut, tapi sampi balik Malaysia aku tak sentuh biskut tu;).Kul 12 dia bagi briefing sikit dah bagi Passport, kene check la takut takde visa lak dlm passport tu, tak pun  tertukar nama org lain kat visa...ni yg biase jadi mcm tu.. Lepas tu dia ader jual penapis habuk hidung yang ni aku tak guna gak siap beli dua lagitu ...nanti sapa nak penapis habuk tu Pm jer, tak bukak pun lagi dalam bekas dia ..elok seal je penapis habuk tu sbb mcm tak selesa je nak pakai...

Lepas breifing tu terus masuk Boarding hall cuma aku pelik naper dia nak check kastam smpai dua kali satu kat main masuk tu satu sebelum boarding hall..aku target naik Boing 747 yang lama aku teringin nak naik tapi rupanya naik Boing 777 300ER jer hhha.. tapi besar gak Enjin 777 ni

Flight ambil masa 8 jam dia transit dekat Riyad sejam Sebelum Smpi Madinah, Dlm flight ok cuma klu aku flight siang ni susah nak tido, makan dia biase je tak sedap mana maybe naik mas lagi sedap makanan dia.. Makanan dua kali dia bagi meal berat satu nasi satu spegati...

Siap hantar mesej kat mak ayah aku tanya dah smpi ke belum umah ..bertapa canggihnya  flight skrg...Selepas 6 jam lebih sampi di Riyad ....Just di Riyad diorg drop org yang nak turun dia sana yang lain stay di dalam flight jer ..ingatkan sejam jer tapi aku raser lama giler..Selepas Sejam Setengah baru fly balik ke Madinah ...otway to Madinah dia serve Roti ngan Jus dan Sejam Kemudian tiba di Madinah


Urusan imegeresen sana ok cuma kene beratur ngan Mahram masing2 la,..lepas pick up beg semua naik bas ader 4 bus semuanya group Andalusia so naik ikut bus masing 2...dia groupkan kat Malaysia lagi ...dia pecahkan dalam group kecil lebih kurang 15-18 satu group rasenyer tak bilang pun group aku ader beraper. Setiap group dibimbing oleh seorang mutawif dari awal smpi balik nanti....

Mutawif group aku asal indonesia nama dia Ustaz Nidol, naik bas terus gerak ke Masjid Nabawi.. Usatz baca doa naik kenderaan dan doa memasuki Madinah..Dalam 20 minit sampi ke hotel Mubarak Silver 150 meter dari Masjid Nabawi. Lepas tu Ustaz suruh makan ...Makan  yang disediakan masakan ala melayu yg orang indonesia catering di sana (Makan ok la hahaha).Lepas tu dia bagi bilik ....aku duk ngan 3 org jemaah lain ..Bilik 109 Selang dua bilik ade bilik adik aku ngan isteri pakcik yang stay nagn aku , Seorang tu Pakcik dia dtg ngan isteri berdua ambik pakej bilik 4 org so kene duduk asing la..sorg ader abg ni dia keje astro dan sorg lagi abg gak kerja satu company ngan aku tak sangka leh jumpa satu company tapi dia keje di HQ KL ..aku kerja kat projek...

Lepas dah Check in bilik n mandi semua, kitaorg decide nak gi sembahyang jamak maghrib ngan isyak kat masjid Nabawi jam pada masa itu kul 12mlm. So mlm tu 1st time aku jejakkan kaki kat Masjid Nabawi sejak 28 tahun aku dilahirkan Alhamdulilah syukur ..aku kagum dengan senibina Masjid Nabawi Sangat Cantik... tapi klu mlm belah laki, pintu yang buka 24 jam pintu Babus Salam yang tempat masuk ke Raudah tu...Agak jauh nak pusing klu pintu utama tak bukak.

Ni info pasal Masjid Nabawi yang aku ceduk dari blog Fatt Bagpackers Busuk (Semoga pahala org baca info ni pergi kat ko fatt)

Sebelum aku teruskan travelog ni aku nak share sikit info yang aku gali dari internet dan daripada apa yang aku dengar berkaitan Masjid Nabawi dan cerita-cerita lain yang aku rasakan sesuai untuk dikongsi.

Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang telah dibina sendiri oleh tangan Rasulullah SAW selepas Masjid Quba'. Namun begitu ia bukanlah seperti yang sedang kita lihat pada hari ini kerana pada suatu masa dulu saiz Masjid Nabawi adalah kecil. Ia juga adalah masjid yang terpenting kerana di sinilah terletaknya makam Rasulullah SAW. Kedudukan makam itu boleh dilihat dari luar bangunan masjid berpandukan kubah yang berwarna hijau. Asalnya kedudukan makam Rasulullah SAW tidak terletak di dalam kawasan Masjid Nabawi tetapi oleh kerana perluasan masjid dilakukan beberapa kali sehinggalah memasuki makam Rasulullah SAW. Untuk pengetahuan sume, makam Rasulullah SAW terletak di tapak rumah Baginda sendiri dan kedudukan rumah Baginda cuma bersebelahan dengan Masjid Nabawi.

Jadi berapa dekatkah sebenarnya rumah Rasulullah SAW dengan Masjid Nabawi? Diceritakan bahawa dekatnya hanya apabila Baginda beriktikaf di masjid, Baginda hanya perlu menjulurkan kepalanya ke pintu bilik untuk disisirkan rambutnya oleh Siti Aisyah RA. Maksudnya di sini jauhnya bilik/rumah Rasulullah SAW dengan Masjid Nabawi hanyalah berselahan saja!

Juga, aku mendapat tau dari Ustaz Zul bahawa suatu ketika dahulu luasnya kota Madinah itu adalah sebesar kawasan Masjid Nabawi. Tapi sekarang luasnya kota Madinah itu semakin bertambah sejajar dengan pembangunan di kawasan itu.

Berbalik semula kepada cerita pasal Masjid Nabawi, suatu ketika dulu masjid ni kecik aje dan apa yang kita lihat pada hari ini adalah hasil dari kerja-kerja perluasan yang telah dilakukan oleh kerajaan Saudi Arabia demi menampung jumlah penganut agama Islam yang semakin bertambah. Kelebihan bersolat di dalam masjid ini berbanding masjid lain (kecuali Masjidil Haram) ialah diberi ganjaran pahala sebanyak 1000 kali ganda manakala di Masjidil Haram pula ganjarannya lebih besar iaitu sebanyak 100,000 kali ganda iaitu seumpama bersolat selama 55 tahun 6 bulan dan 20 malam di tempat lain, itupun kalau cukup solat 5 waktu sehari semalam! Tapi janganlah pasni ada yang taknak solat sebab fikir pahala yang ada tu dah cukup untuk cover solat-solat yang berlubang. Yang wajib itu tetap wajib dan jangan sesekali lalai menunaikan solat.

"Perkara pertama yang akan disoal sewaktu di akhirat kelak ialah solat"

Diriwayatkan juga akan kelebihan bersolat sebanyak 40 waktu, iaitu solat fardhu 5 waktu sehari secara berjemaah selama 8 hari di Masjid Nabawi.

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Barangsiapa bersolat 40 waktu (yakni solat fardhu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya, ditulis baginya (pertama), terpelihara dari api neraka, (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau menjadi orang munafiq)" - riwayat hadis Imam Ahmad.

So itulah sedikit sebanyak akan betapa besarnya ganjaran pahala yang Allah SWT berikan kepada kita umat Nabi Muhammad SAW. Subhanallah. Aku berharap sesiapa saja yang membaca travelog ini akan cuba merebut peluang untuk menziarahi kota suci Makkah dan Madinah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kerana di sinilah tempat yang terbaik, yang tak terbanding dan yang teristimewa sekali di atas muka bumi Allah.


KLIA






selesai sembahyang duk sekejap dan masuk la Raudah kali pertama mlm tu jugak hahah punyer tak sabarkan untungnya lelaki boleh masuk sepanjang masa tapi yg tak untungnya sepanjang masa penuh jer org ..Lepas dapat masuk Raudah dlm kul 2.00 pagi mcm tu kitaorg decide nak baik hotel nak rehat sebelum subuh masuk kul 4.00 pagi...

So berlalu la hari pertama aku:)


Check In


Biskut ni yang aku tak sentuh ni




Briefing Ngan Travel Agent




Biggest Bird of Malaysia Airlines fleet ..mmg teringin nak naik satu hari nanti london mybe
Boarding




Welcoming Drink i think


Inflight Entertaiment no Eng sub...

Onboard meal so..so





Madinah Airport



Bilik Madinah Mubarak Silver Extra Satu katil
Masjid Nabawi 16 Jun 2015 12.00 pagi






Depan tu Orang Tengah bersesak nak masuk Raudah ...Jam masa tu kul 1.30 pagi

Bersesak Masuk Raudah..130 pagi

Sempadan Raudah (Karpet Hijau) 


DLM RAUDAH ..KALI PERTAMA



Pintu Utama Masjid Nabawi 

Masjid Nabawi dari tepi Jalan utama

Friday, August 14, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Predeparture

 
Esk cukup dua bulan gi umrah..selesai gak umrah tercapai gak hasrat nak jadi tetamu Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W..

    Sebenarnya 2013 dulu aku pernah nak pergi umrah ngan mak ayah aku n adik dah byr deposit dah cuma sbb aku baru tukar kerja n ade training bagai tak jadi pergi. So bila asyik terfikir abis duit jer gi sana sini tapi tmpt yang wajib gi tak gi gak..masuk 2015 makin membuak2 nak gi dari awal tahun nak gi  cadang nak gi bulan 3 tapi tak sempat nak prepare..dlm akhir bulan 4 terus decide nak gi .survey gak mcm 2 travel agensi terus terdetik nak gi awal ramadhan alang gi baik gi awal ramadhan..cadangnya nak gi sorg je tapi bila bagi tahu my mom adik aku lak nak ikut.survey 2 punyer survey pilih Andalusia Travel and Tours sbb dia yang termurah lagi satu sbb mak ayah dulu pun gi andalusia dan sbb  kawasan rumah tu ader agent andalusia senang sikit ..


      Sbb dlm sebulan jer lagi sebelum gi.. risau visa tak lulus jer...pasport aku pun mati bulan 12 2015 tapi makcik agent tu suruh buat baru sbb dia kata kene at least 6 bulan passort kena hidup before gi oversea..finally mmg sbb ade rezeki nak gi tu lulus tu kot visa. so pakej aku dpt tu RM6690 bilik berempat kira campur ngan org lain la..mula nak gi 13jun sbb nak seimbang jumlah hari puasa ngan tak puasa.. tapi penuh lak so tu yang dpt tarikh 15 jun-26 Jun so 2 hari sebelum puasa..

Penerbangan yang aku ambik tu naik Saudi Airlines direct ke Madinah dulu.. So preparation aku tak byk pun semua recycle bapak aku punya ...irham semua barang dah lengkap guna jer...kursus umrah pun aku tak gi harap kursus umrah yg aku gi masa 2013 yg tak jadi gi tu..cuma baca buku yang dibekalkan Andalusia jer


So Andalusia ni bila kita by deposit dia akan bagi beg besar satu..beg kecil satu dan beg sandang...Dia bagi gak buku panduan dan beberapa buku untuk amalan kat sana..So agak mudah la klu kita gi ngan agent ni semua diorg prepare cuma aku tak pasti mcm mana prosedur adik aku dia jadikan aku mahram dia dgr kene ade surat semua letak dlm passport..


Tips:
1)Pilih la agent yang terbaik dari segi lokasi penginapan
2)klu dpt buat jadual seharian lagi ok maksudnya masa 2 diantara solat tu nak buat ape2 baca al-quran dan sebagainya.

Tuesday, August 11, 2015

Binnabil Huda





Ya allah limpahkan rahmat kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi sebab engkau menyelamatkan kami dari segala huru hara dan malapetaka...

Tuesday, July 21, 2015

Kain Saree Original India Murah Dari Harga Pasaran #kainsareemurahdaripasaranmalaysia

Untuk dijual, testing market..kain saree murah untuk buat baju kurung ...panjang kain 6 meter ...harga murah dari pasaran malaysia

RM 100 Each

RM 80.00 Each

RM60.00 Each

RM100  Each




Sapa nak bgtahu la;)

#kainsareemurahdaripasaran
#cubatrymanatahuberkenan

Thursday, July 9, 2015

#23 Ramadhan

Malam ni masuk 23 ramadhan sudah...aku sebgai seorang yang kurang imam memang rase tak sabar nak raya....sbb tak sabar nak balik kampung, tapi bila abis ramadhan nanti baru terasa kehilangan ramadhan..bila nak capai tahap smpai betul2 sedih dan menggunakan sepenuhnya baki ramdhan yang ada.....



     Masa awal ramadhan haritu berkempatan menunaikan umrah ...klu nak bandingkan usaha orang2 yang ada disana beribadah memang segan nak banding diri aku...


Klu di Mekah dan Madinah sekarang musim summer so malam yang lebih pendek, mula trawikh dalm pukul 9.30 mlm dan berakhir 11.30 mlm pukul 4.00 pagi dah masuk subuh...klu most orang diorag stay hampir 24 jam di masjid cuma mungkin balik selepas waktu dhuha rehat sebelum solat zuhur pukul 12 tengah hari...mostly diorg spend masa beriktikaf ..baca alquran dan mendengar ceramah atau buat umrah @ tawaf sunat (Mekah)..bertapa kualiti yang diorang habiskan masa seharian....


   klu kita berkesempatan berada di masjidil haram gunakan masa kita sepenuhnya sbb

             Hadis Ibnu Abas yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi bahawa terdpat 120 rahmat yang diturunkan oleh Allah S.W.T di Baitulallah Setiap hari, 60 rahmat diberikan kepada org yang tawaf, 40 rahmat diberikan kepada orang yang menunaikan solat dan 20 rahmat kepada orang yang memandang kaabah..

Solat di masjidil haram digandakan sebanyak 100,000 kali ganda berbanding tempat lain ...



P/S:Baki ramadhan kita manafaat sepenuhnya amin

Wednesday, July 1, 2015

#Pertemuan dengan keredhaan

Saat aku mulai mencintai seseorang, aku ditinggalkan…
Saat aku sangat mengharapkannya, dia menghilang…
Ketika aku mulai merasakan bahagia, aku dicampakkan…
Ketika aku sangat memerlukannya, dia memilih yang lain…
Aku bertanya pada Tuhan:
“Ya Tuhan.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??”
Tuhan Menjawab:
" kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.”
Aku Kembali Bertanya:
“ tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?”
Jawab Tuhan:
“ kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, di saat kamu selalu mencari yang terbaik.”
“Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego.”
“Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu.”


Sesungguhnya wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yg keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga) 
(QS. An-Nur [24]:26)


amin...